Jumat, 21 Januari 2011

Islam di Iran

: Wikipedia

Islam merupakan agama rasmi di Iran. 98 peratus daripada penduduk Iran menganut agama ini dan 89 peratus daripada penduduk Islam berpegang kepada ajaran Syiah dan 9 peratus berpegang kepada ajaran Sunah. Kebanyakan mereka yang beraliran Sunah adalah suku Turkomen, suku Arab, suku Balochi dan suku Kurdi dan mereka ini bertumpu di barat daya, tenggara, timur laut dan barat luat Iran.[1] Kebanyakan penganut Syiah pula beraliran Ithna ashariyyah.
Sejak penawanan tentera Islam di Parsi, agama Islam dijadikan agama rasmi Iran kecuali ketika pencerobohan tentera Mongol dan juga ketika pemerintahan wangsa Ilkhanat. Iran menjadi republik Islam pada tahun 1979 apabila perlembagaan baru yang berunsur negara Islam diluluskan parlemen.

Sejarah

Kemaraan tentera Islam di Parsi pada 637-651 mengakhiri kegemilangan Empayar SassanidMajusi di Empayar Parsi. Namun begitu, tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Ia mula berkembang bersama-sama dengan tamadun Islam. dan seterusnya memusnahkan agama
Sebelum datangnya Islam di Parsi, kebanyakan orang Parsi beragama Majusi dan juga terdapat kumpulan minoriti beragama kristian atau nasrani dan Yahudi. Penyebaran Islam di Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan. Penduduk-penduduk kota merupakan antara yang terawal memeluk Islam dan perlahan-lahan tersebar di kalangan petani dan dihqans atau ningrat. Pada abad ke 10, majoriti orang Parsi telah pun memeluk Islam dan kebanyakan mereka beraliran Sunah. Ajaran Syiah tiba di Parsi pada abad ke 15.

Islam Syiah di Iran




Makam Imam Reza Mashhad, Iran

Walaupun Syiah sudah menapak di Iran ketika zaman awal Islam, kebanyakan penduduk Iran pada mulanya adalah Sunah sehingga abad ke 17. Pada abad ke 16, wangsa Safavid menjadikan Syiah sebagai agam rasmi Iran dan akhirnya kebanyakn penduduk Iran mula memeluk agama Islam Syiah. Pada pertengahan kurun ke 17, mejoriti penduduk Iran sudah pun menjadi muslim Syiah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar